Life is full of surprises and wonders.

Misi

Sunday, February 22, 2009

Misi untuk hari ini baru selesai, cuma tinggal cover letter yang belum siap bertulis. Buntu cuba mencari-cari ayat yang sesuai dengan pengalaman dan keinginan berhijrah. Usai membuat keputusan untuk tidak menghadiri konvo, surat jemputan dari uni tiba di rumah.

'Cepat pulak sampai', sedangkan beberapa hari sebelumnya baru bercerita dengan thien dan sasinee tentang jemputan yang tak kunjung tiba. Hmm, surat ini mengetuk kembali hati tentang keputusan yg telah dibuat. Hmm takpelah, memandangkan MAS travel fair pun dah tamat, tunggu dan lihat, mana tahu jika memang ada rezeki, akan sampai juga ke sana. Sambung kembali tentang misi berhijrah. Tahun ini saya akan berhijrah 2 kali. Penghijrahan yang pertama dari hidup seorang diri bakal memikirkan tanggungjawab, dan segala yg berkaitan tentang perkongsian emosi. Yang kedua, masih di dalam proses dengan harapan ianya akan menjadi kenyataan kerana sudah tiba masa saya memulakan proses hidup yang lebih mematangkan diri dan mencabar dalam kerjaya. Doakan saya!

Saya mempunyai misi hijrah yang ketiga, cuma belum pasti sama ada tahun ini merupakan tahun yang sesuai. Saya akan cuba sedaya upaya. Entah kenapa, saya merasakan setiap hari yg berlalu semakin singkat buat saya. Seolah2 saya tidak mempunyai masa yg begitu banyak untuk diluangkan. Justeru, setiap waktu yg berlalu adalah berharga dan terlalu banyak yang ingin di lakukan. Tahun ini tahun untuk saya melakukan perubahan total kerana saya mempunyai matlamat hidup yang telah saya fikirkan untuk beberapa bulan yang lepas. Ya! Tahun ini adalah tahun untuk segalanya.... Moga urusan saya dipermudahkan Allah swt.

No comments:

 

Blogger news

An avid seamstress, a mom, a wife and working as process engineer. Hoping to give and gain more, to enjoy every moment with the beloved ones

Blogroll

http://photo.goodreads.com/books/1242787849l/6481446.jpg

Most Reading