Hari ini, sedang berfikir tentang pro dan kontra menghadiri majlis konvo di London. Sebenarnya, satu-satunya kontra yang ada hanyalah berbaloi atau tidak saya menghabiskan wang sebanyak itu untuk majlis yang hanya akan berlangsung separuh hari ditambah lagi dengan pulangnya saya dengan tangan kosong. Yelah, transkrip akan dikirim oleh pihak uni ke rumah seperti kebiasaan majlis konvo yang lain. Pronya, saya tidak pernah merasai majlis graduasi universiti luar negara, jadi ini pasti akan menjadi antara kenangan dalam hidup. Lebih lebih lagi, saya menaruh harapan yang tinggi untuk memperolehi pingat (tak tahu ada emas atau perak) yang pastinya saya mempunyai peluang cerah untuk terpilih berdasarkan keputusan thesis yang telah diperolehi. Perginya saya hanyalah seorang diri, itupun sekiranya pergi memandangkan orang lain mungkin tidak dapat mengikuti setelah berhempas pulas menyumbang wang dan tenaga untuk walimah saya yang pada ketika itu, baru berusia sebulan jagung setengah! Mungkin ada hikmahya... walaupun saya sudah mendapat lampu hijau saya sebenarnya masih lagi dalam proses timbang tara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment